7/29/2010

Hewi PMIUM: wadah mahasiswi berpencak



Universiti Malaya, 29 July : Minggu promo Universiti Malaya telah selamat melabuhkan tirainya siang tadi, diharapkan semua mahasiswa/wi dapat memanfaatkan keterlibatan di dalam berpersatuan dengan sebaiknya sekaligus mencungkil bakat-bakat kepimpinan di dalam berorganisasi, khususnya dikalangan mahasiswi.

Di pihak PMIUM atas kesedaran memikirkan tentang penambahan warga kampus yang terdiri daripada mahasiswi telah menyediakan satu platform iaitu Hewi PMIUM yang diharapkan dapat membantu golongan mahasiswi lebih kehadapan dalam melontarkan idea-idea yang bermutu.

Siang tadi juga telah berlangsungnya perasmian serba ringkas Hewi PMIUM yang bertempat di booth persatuan mahasiswa islam Universiti Malaya.Hewi PMIUM itu telah dirasmikan oleh saudara YDP sendiri iaitu Saudara Syazwan Bin Hassan.


" Hewi PMIUM ini dilihat dapat membantu mahasiswi terutamanya dalam membuat aktiviti yang lebih bersifat kewanitaan dan membantu mahasiswi membina keyakinan diri dalam berorganisasi " ulas saudara Syazwan ketika perasmian.

Sementara itu, Saudari Nadzirah yang merupakan NYDP PMIUM juga penaung kepada Hewi berharap mahasiswi dapat menggunakan peluang ini sebagai batu loncatan kepada mereka untuk bergerak di dalam masyarakat kampus Universiti Malaya.-PMIUM Bersama semua



0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~