7/19/2010

Kempen Pakaian Beretika


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) bersama-sama dengan anda menyokong Peraturan Pakaian Pelajar Universiti Malaya, dengan itu melancarkan "Kempen Pakaian Beretika".

Peraturan Pakaian Pelajar Universiti Malaya dibuat selaras dengan peruntukan Kaedah 26, Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar) 1999. Ia bertujuan untuk memberi garis panduan mengenai tatacara berpakaian dan penampilan diri yang sesuai untuk dipatuhi oleh semua pelajar Universiti Malaya.


Bahagian HEPA akan mengambil tindakan seperti yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 dan sekiranya didapati bersalah pelajar boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman seperti diperuntukkan dalam kaedah 48 seperti berikut:-

1)amaran
2)denda tidak melebihi RM200
3)dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan
4)digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti dalam tempoh yang ditetapkan
5)dipecat dari universiti

Antara pakaian yang dilarang ialah berseluar jeans bercompang-camping, berseluar ketat, berseluar pendek, baju T bergambar yang bertentangan tatasusila, pakaian tanpa lengan, berbaju jarang dan ketat, pakaian yang mendedahkan bahagian badan, dan skirt pendek. Perkara lain yang dilarang ialah rambut yang tidak kemas, memakai aksesori muka, rambut berwarna dan berfesyen ganjil.

PMIUM berharap semua mahasiswa dapat bersama-sama menjayakan kempen ini dalam mendokong peraturan universiti. Segala kejasama didahului dengan ucapan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~