7/31/2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM ZULKHAIRIL AZMI

Perutusan Yang di Pertua : Ustaz Ahmad Syazwan b. Mohd Hassan
 
Saya mewakili barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mengucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Zulkhairil Azmi bin Md. Bukhari,19 tahun yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 5 bangunan Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12), Universiti Malaya petang tadi. Beliau merupakan pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya,Kuala Lumpur.

Ini merupakan kejadian pertama kali mengakibatkan kematian yang berlaku di dalam kolej kediaman universiti ini. Justeru itu,kami di peringkat PMIUM dengan kesedaran yang tinggi menyarankan agar selepas ini pihak yang bertanggungjawab meningkatkan lagi mutu keselamatan di semua kolej kediaman bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Kami di peringkat PMIUM juga berasa amat kesal atas kejadian ini. Di sini, saya juga ingin menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain agar mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa hitam ini.

Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama. Sentiasalah berhati-hati dalam setiap tindakan kita. Terlalu banyak iktibar yang boleh kita perolehi daripada kejadian ini. Allah SWT pernah berfirman di dalam kitabNya yang bermaksud,

“ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh, dia memperolehi kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”  -Al-Imran:185-

Renungkanlah maksud ayat di atas. Saya mengajak seluruh ahli keluarga besar PMIUM,ayuh bersama-sama kita mendoakan semoga allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT hendaknya. Amien.


PMIUM bersama SEMUA

Mohd. Syazwan bin Hasan
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
Sesi 2010/2011

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~