5/03/2010

Teraju Baru PMIUM

Fikrah Ahli : Http://hasbiemuda.wordpress.com



1. Pada 9 April 2010 (Jumaat), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di Dewan Kuliah Utama (DKU) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
2. Seperti biasa, mata akan tertumpu pada pemilihan kepimpinan baru PMIUM khususnya jawatan Presiden/Yang DiPertua. Jawatan penting itu menentukan corak dan sejauh mana PMIUM akan berperanan selaku penggerak Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) samada di kampus ataupun di peringat inter-kampus.
3. PMIUM telah melahirkan ramai-nama besar yang pernah diberi tanggung-jawab menerajui persatuan ini. Antara Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia & Sukan), YB Muhammad Hussain (MP Pasir Puteh), Prof. Dr. Redzuan Othman (Mantan Dekan FSSS UM), Datuk Prof. Dr. Zulkifli Mohd Yusoff (Professor Kanan APIUM), YB Nasir Zakaria (MP Padang Terap), Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Sdr Ramadhan Fitri Elias, Sdr Nazree Yunus (Mantan Pengerusi GERAK), Sdr Dzulkhairi Mohd Noor (Ketua Pemuda PUM) dan ramai lagi.
4. Selain mantan Presiden, mantan-mantan pimpinan lain serta ahli-ahli PMIUM juga turut sama melakar nama di persada masing-masing. Dalam tempoh melebihi enam dekad penubuhannya, PMIUM telah banyak berjasa kepada masyarakat samada secara langsung atau tidak langsung.
5. Namun begitu, PMIUM tidak boleh terus memandang ke belakang dan berbangga dengan kejayaan semalam. Derap langkah hari ini perlu terus dipacu gagah demi lakaran sejarah hari esok yang lebih kemas dan gemilang.
6. Pada zaman yang semakin mencabar kini, PMIUM memerlukan barisan kepimpinan yang lebih berkualiti dan berpandangan jauh. Kepimpinan yang futuristik namun bergerak dengan berpijak di bumi yang nyata. Sebarang tindakan yang diambil mestilah dibuat berdasarkan pertimbangan yang matang dan bertanggung-jawab. Semua ini bakal mencorakkan zaman kemahasiswaan masing-masing.
7. Apapun, saya mendoakan semoga AGM yang diadakan nanti akan berjalan dengan lancar dan kepimpinan yang bakal dipilih benar-benar menepati ciri-ciri kepimpinan berkualiti tinggi dan bertaqwa. Selamat bersidang!

* Beliau merupakan mantan Bendahari PMIUM sesi 08/09

1 comments:

Persatuan Mahasiswa Islam Uni Malaya said...

Selamat Datang ke web PMIUM.org

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~