7/22/2010

Mahasiswa baru dipukau 'africa'



22 Julai, Universiti Malaya : Seorang mahasiswa baru fakulti ekonomi saudara Mohamad Saifuddin bin Bahar telah dpukau seorang warga africa sehingga kerugian hampir RM 1000.00.

Kejadian berlaku pada hari isnin lalu bertempat di CIMB Universiti Malaya apabila mangsa di datangi seorang warga africa dan meminta bantuan keewangan dalam keadaan terdesak. Suspek mengatakan bahawa dia sangat memerlukan wang kerana tertinggal barang di KLIA.

Pada awalnya mangsa mengalami masalah komunikasi dengan suspek, kemudian suspek menulis di atas kertas didalam bahasa inggeris untuk memudahkan komunikasi dengan mangsa.


Suspek mendakwa diri dengan nama sebagai 'Hafiz Muhamad' seorang warganegara kanada dan menginap di kolej kediaman 12 dibilik bernombor B 203. Walaubagaimana pun, ketika di tinjau didapati bilik itu di huni oleh mahasiswa asasi pasum.

Mangsa membuat laporan di pejabat keselamatan Universiti Malaya seterusnya di balai polis pantai untuk tindakan susulan.

YDP Persatuan Mahasiswa Islam Um (PMIUM) menasihati mahasiswa khususnya mahasiswa baru agar lebih berhati-hati dengan keadaan ini kerana menurut pegawai keselamatan ini adalah kes ke-2 berlaku di UM.

Di harapkan agar pentadbiran kampus agar lebih mengambil perhatian dalam hal ini dan sama-sama membantu mahasiswa yang teraniya.

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~