7/26/2010

300 mahasiswa mendaftar keahlian PMIUM pada hari pertama



Universiti Malaya,26 Julai :Minggu promo Universiti Malaya kembali lagi, minggu promo bermula pada hari ini dan dijangka berakhir pada hari khamis.

Kebanyakan booth yang terdiri daripada persatuan anak negeri dan persatuan berdaftar di Universiti Malaya kelihatan sudah mula mempromosikan dan menarik warga kampus untuk sama-sama menyertai persatuan mereka.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) juga tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan minggu promo dan sekitar petang tadi,PMIUM sudah dapat mengumpul sebanyak 300 ahli berdaftar. Dan diharapkan pada hari esok akan lebih ramai lagi yang datang mendaftar sebagai ahli kerana terdapat banyak tawaran-tawaran menarik menanti pengunjung.



Antara tawaran yang telah diberikan kepada pengunjung pada siang tadi adalah seperti makanan percuma untuk 100 pendaftar terawal, 5% potongan ketika membeli di koperasi APIUM, tawawan istimewa pakej sekolah memandu, potongan 10% bengkel motor aziba dan sebagainya.

" Ini merupakan permulaan yang baik kepada PMIUM untuk bersama-sama mahasiswa kampus UM menjalankan program di bawah persatuan ini " ulas YDP PMIUM, saudara Syazwan ketika mengulas tentang keahlian PMIUM yang mencapai 300 orang.

Oleh itu,PMIUM menjemput kepada semua mahasiswa yang belum mendaftar sebagai ahli PMIUM untuk sama-sama datang ke booth PMIUM pada hari esok dan sama-sama meraikan perasmian booth kami pada pukul 11 pg yang akan dirasmikan oleh saudara Syazwan Bin Hassan- PMIUM bersama semua.

1 comments:

Anonymoussaid...

Tahniah! Tapi saya nak laporkan sedikit masalh. Rasanya nombor telefon pada risalah PMIUM yang berakhir dengan 5628 itu adalah nombor yang salah. Itu nombor seorang pelajar bukan di UM pun. Boleh tolong betulkan ralat ini?

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~