7/28/2010

Terima kasih Dato' Ghauth Jasmon!



Universiti Malaya, 28 July : Siang tadi telah berlangsung dengan jayanya persamian booth PMIUM sekaligus merasmikan kempen pakaian beretika yang dianjurkan kembali oleh persatuan mahasiswa islam Universiti Malaya (PMIUM).

Majlis persamian serba ringkas tetapi meriah itu telah dihadiri dan dirasmikan oleh Yang berbahagia Naib Canselor Universiti Malaya, Dato' Ghauth Jasmon. Di pihak PMIUM,kami berasa berbangga dan berbesar hati dengan kesudian Dato' untuk turun merasmikan booth PMIUM sekaligus menyatakan sokongan kepada kempen pakaian beretika yang di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

" Saya memuji usaha baik persatuan mahasiswa islam Universiti Malaya dalam menjayakan kembali kempen pakaian beretika ini dan saya menyokong penuh kepada kempen ini " kata Dato Ghauth Jasmon ketika merasmikan booth PMIUM siang tadi.


Beliau juga mengatakan kempen ini baik untuk warga Universiti Malaya baik di peringkat mahasiswa ataupun staf Universtiti Malaya untuk mematuhi kembali akta berpakaian yang telah lama diperkenalkan.

Terdahulu, Persatuan Mahasiswa Islam Univerisiti Malaya telah menganjurkan kembali kempen pakaian beretika di Universiti Malaya setelah melihat akta itu seakan-akan tidak diguna pakai oleh warga kampus hatta staf Universiti Malaya sendiri. Oleh itu, di pihak kami mengharapkan agar dengan kembalinya kempen ini sedikit sebanyak akan dapat menyedarkan warga kampus tentang pemakaian yang beretika demi menjaga standard Universiti yang terkenal.-PMIUM bersama semua.

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~