8/19/2010

AKRAM10 : Bauan syurga Ramadhan


Universiti Malaya,18 Ogos 2010- Bersempena dengan kedatangan Ramadhan kali ini Persatuan Mahasiswa Islam UM di bawah Ecxo kebajikan dan perpaduan telah mengadakan program yang dikenali sebagai AKRAM10. Akademi Ramadhan (AKRAM10 ) ini membawakan kepada masyarakat kampus untuk sama-sama menghayati bulan yang mulia ini.
 Bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan semalam telah berlangsungnya satu ceramah ramadhan yang disampaikan oleh Ust Dr. Jamnul Azhar Bin Hj Mulkan yang bertajuk ' Bauan Syurga Ramadhan '. Walaupun bermula agak lewat kerana hari hujan yang menyebabkan kelewatan warga kampus untuk hadir tetapi majlis tetap meriah kerana gaya penceramah yang dapat memikat warga kampus yang hadir.

  Membicarakan tentang bauan syurga ramadhan, penceramah banyak mengulas bagaimana amalan kita dibulan ramadhan ini dan penghayatan kita terhadap bulan ramadhan itu sendiri. Menceritakan pengalaman beliau sendiri mendidik anak-anak dengan 'mengharamkan' tv dibuka sepanjang bulan ramadhan memberikan satu kelainan kepada masyarakat yang sememangnya suka menghabiskan masa dihadapan tv sepanjang bulan ramadhan ini.

 Mengulas mengenai kehadiran warga kampus ke ceramah pada malam itu, pengarah AKRAM10 saudara Muhamad Nasir Mohamad Salleh berkata ianya sangat memberangsangkan dan mengharapkan agar kehadiran yang lebih ramai pada program yang akan datang.

 " Kami di pihak AKRAM10 menyediakan banyak program sepanjang bulan ramadhan ini antaranya gempur pimpinan PMIUM ke kolej kediaman untuk memberikan makanan, berbuka puasa bersama OKU dan sebgaianya " ulas beliau.

 Beliau menambah lagi jika warga kampus inginkan lagi ceramah-ceramah berbentuk kerohanian maka nantikan lagi kemunculannya di AKRAM10.-Pmium.org

1 comments:

Azlan Zainalsaid...

PMIUM ni memang tolol. Baca blog aku ni untuk maklumat lanjut.

http://maharajazhou.wordpress.com/2010/04/28/haram-pmium-bersetongkol-dengan-dema

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~