8/19/2010

Dr. Chua Soi Lek: Tarik balik kenyataan hina islam!


Kuala Lumpur,19 Ogos 2010: " Tarik balik kenyataan atau sedia berdebat dengan mahasiswa ", itulah antara kata-kata daripada barisan pimpinan kampus mahasiswa islam sekitar lembah klang berkenaan kenyataan Dr. Chua Soi Lek pada 6 ogos 2010 sewaktu Konvensyen Tahunan MCA kali ke-33 di Alor Star yang jelas menghina Agama Islam.
 Tengah hari tadi sekumpulan wakil mahasiswa yang terdiri daripada PMIUM,GAMIS,ISIUKM,PMIUPM dan lain-lain lagi telah menghantar satu memorandum kepada Dr.Chua Soi Lek berkenaan dengan kenyataan beliau yang menghina islam. Beliau dikatakan banyak menimbulkan kontroversi yang dilihat dapat memecahbelahkan  perpaduan dalam negara Malaysia yang berbilang kaum ini.

Oleh itu,pimpinan mahasiswa islam sekitar lembah klang telah bergabung dan menyerahkan satu memorandum mendesak agar beliau menarik balik kenyataan itu dan jika sekiranya tidak membuat demikian maka mahasiswa mengajak beliau berdebat tentang isu pentadbiran dan sistem ekonomi islam bagi membuka mata beliau dalam hal ini.

"Ini merupakan kegagalan parti MCA sendiri dalam membawa konsep 1Malaysia itu sendiri" ulas presiden gabungan mahasiswa islam semalaysia (GAMIS) saudara Idris daripada UKM.

Presiden Mahasiswa Islam UM, saudara Syazwan Bin Mohamad Hassan juga turut hadir dan menyatakan rasa kekesalan dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr.Chua itu sendiri.

"Beliau sepatutnya memahami keadaan negara kita yang berada dalam masyarakat yang majmuk dan jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang sensitif seperti itu" ulas beliau.

Beliau mempersoalkan dari mana Dr. Chua mendapat fakta untuk berkata demikian dan meminta beliau menerangkan kepada masyarakat sendiri. Beliau juga menjemput Dr. Chua untuk turun berdebat bersama mahasiswa berkaitan hal ini.

Melalui kenyataan media, terdapat 4 tuntutan daripada mahasiswa islam iaitu :

1. Mendesak Dr.Chua Soi Lek menarik balik kenyataan yang dikeluarkan berkaitan islam.

2. Menjemput beliau ke forum penerangan sistem islam dalam pentadbiran dan ekonomi yang akan dilaksanakan di Universiti.

3. Sekiranya beliau enggan menarik balik kenyataan, mahasiswa islam mengajak beliau untuk berdebat tentang isu sistem pentdabiran dan ekonomi dalam islam.

4. Jangan keluarkan kenyataan yang berbaur agama yang melampau yang menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk dalam negara Malaysia.

Pmium.org

1 comments:

Azlan Zainalsaid...

PMIUM ni memang tolol. Baca blog aku ni untuk maklumat lanjut.

http://maharajazhou.wordpress.com/2010/04/28/haram-pmium-bersetongkol-dengan-dema

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~