8/05/2010

Hidup sihat bermula bulan ramadhan


Universiti Malaya,5 Ogos- Kuliah ilmu ke-2 PMIUM yang bertajuk 'Ramadhan Dari Perspektif Kesihatan' telah berlangsung semalam di dewan kuliah angsana bertempat di Fakulti Bahasa dan Lingusitik. Kuliah itu dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab UM membincangkan bagaimana kesihatan dapat dijaga ketika menjalani ibadah puasa.

Penceramah jemputan iaitu Dr Rosni Bt Adam, seorang pensyarah sambilan pediatrik UKM memberikan ceramah tentang kepentingan kesihatan ketika bulan ramdhan dan kelebihan yang banyak dari aspek kesihatan ketika menjalani ibadah puasa.

Selain itu, kuliah ilmu itu turut membincangkan bagaimana sorang yang ketagihan dalam merokok boleh mengambil langkah pertama semasa bulan ramadhan yang akan tiba ini untuk berhenti daripada merokok.

" Untuk berhenti daripada merokok apa yang paling penting adalah mempunyai mental yang kuat dan boleh mengawal diri daripada mendekati rokok itu sendiri " ulas beliau ketika menyampaikan ceramah.

Beliau juga menzahirkan rasa gembira dan memuji kerana PMIUM boleh menganjurkan kuliah ilmu seperti itu untuk sama-sama memberikan ilmu kepada masyarakat kampus disamping dapat memberi pendedahan awal dalam menjaga kesihatan apabila menjelangnya bulan ramadhan.- PMIUM bersama semua

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~