Siti Nadzirah Majeed
Ucapan tahniah dan penghargaan dari Pengerusi Hewi PMIUM istimewa buat Bonda Dr.Rohana.
Assalamua’laikum w.b.t
Salam sejahtera..
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah setinggi kesyukuran anakanda panjatkan kerana masih diberi peluang dan ruang untuk menyatakan suara hati dan menterjemah apa yang terlintas di benak minda.
Sejujurnya, anakanda merasa sangat teruja apabila mendapat berita bahawasanya TNC HEPA UM bakal disandang oleh seorang yang bergelar wanita. Ini kerana, biasanya jawatan sehebat itu disandang oleh seorang lelaki. Namun, anakanda tetap percaya dan yakin berdirinya Bonda di situ berjaya membuktikan dan membuka mata bahawasanya kepimpinan seorang wanita tidak boleh dipandang enteng. Malah, membakar lagi semangat dan tekad kami, lebih-lebih lagi pimpinan mahasiswi.
Bonda, kami anakanda-anakanda dari PMIUM mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar Bonda selama Bonda memimpin dan menjadi “Ibu” kepada kami mahasiswa-mahasiswi kampus Uni Malaya,khususnya. Apa pun namanya amanah, ia bukan semudah menyusun kata-kata, tentulah banyak halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi. Apatah lagi dalam menjadi insan yang melihat sendiri di hadapan mata,bagaimana keadaan mahasiswa-mahasiswi yang pelbagai kerenah , pendirian dan perjuangannya yang pasti menuntut seribu satu kesabaran dan ketabahan.
Sekali lagi, anakanda menyatakan tahniah dan jutaan penghargaan daripada kami warga PMIUM, semoga dapat meneruskan agenda dalam memastikan hak dan kebajikan mahasiswa di UM terus di bela dan di jaga sebaiknya.
Di kesempatan ini juga, anakanda berharap moga ini menjadi titik pemula ikatan antara kami PMIUM dengan Bonda Prof Dr. Rohana. Anakanda ingin nyatakan buat akhirnya, anakanda dan seluruh kepimpinan PMIUM akan bersama Bonda dalam memastikan keilmuan ,keintelektualan serta kebajikan mahasiswa diutamakan sejajar dengan terulungnya Universiti Malaya sebagai kampus perdana. Semoga harapan ini hadir dengan pembaharuan dan kelainan yang dibawa bersama Bonda.
PMIUM bersama Bonda TNC HEPA UM, Prof Dr.Rohana Abd Jalil.
Anakandamu,
Siti Nadzirah Majeed
TYDP PMIUM
PENGERUSI HAL EHWAL WANITA & SISWI (HEWI) PMIUM
2 comments:
Dr Rohana Jalil Atau Dr Rohana Yusuf????
http://hikmahtinta.blogspot.com/2010/08/dr-rohana-yusof-dilantik-tnc-um.html
Post a Comment