Uni Malaya, 18 Ogos : "Kita sangat berbesar hati dengan Prof Dr Rohana Yusof yang sudi menerima kunjungan PMIUM semalam. Kita mahu membina hubungan yang baik antara PMIUM dengan TNC (Timbalan Naib Canselor). Antara sasaran beliau yang patut dipuji kali ini adalah menjadikan HEP (Hal Ehwal Pelajar) sebagai tempat untuk polish student" ujar Ustaz Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan, Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Semalam beberapa pimpinan PMIUM telah mengadakan perjumpaan khas bersama TNC HEP yang baru, Prof.Dr. Rohana. Perjumpaan tertutup ini dibuat di bilik beliau sendiri yang terletak di Bangunan Kompleks Perdana Siswa (KPS), jam 3.15 petang semalam. Hadir bersama Ustaz Syazwan, Ustazah Siti Nadzirah Majid selaku Naib Yang DiPertua (NYDP) PMIUM,Ustaz Muhammad Saufi Jelani selaku Exco Kenegaraan dan Etika merangkap pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Ustaz Hawari Zakaria selaku Exco Ekonomi, Ustaz Muhammad Zaeim Zakaria selaku Exco Sukan dan Reakreasi, Ustazah Nazifatunnisa Salim selaku Timbalan Exco Kesenian dan Kreatif, Ustazah Nor Shamira Mohd Adnan selaku timbalan Exco Ekonomi, Ustazah Suhailah Jaafar selaku timbalan Exco Akademik dan Intelektual dan Ustazah Siti Najwa Haron selaku timbalan Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswi (HEWI).
Perjumpaan tersebut antara lain adalah untuk meraikan Dr. Rohana selaku TNC HEP yang baru.
Dr. Rohana dalam amanat beliau menyebut, Beliau mahu mengubah persepsi mahasiswa bahawa HEP bukan semata-mata untuk politik tetapi adalah tempat untuk membantu meningkatkan nilai kualiti mahasiswa agar lebih berguna kepada masyarakat.
"Saya di sini untuk membantu, untuk develop pelajar-pelajar Universiti Malaya. Lepas ini u all akan dapati banyak survey-survey untuk tahu apa sebenarnya yang student nak." Dr. Rohana.
"HEP akan cuba dekati student" ujarnya lagi.
Sementara Ketika ditanya mengenai pendirian beliau tentang Speaker COrner (SC) yang sebelum ini dikatakan mendapat sedikit kongkongan oleh HEP apabila ada arahan untuk perlu meminta kebenaran dan menghantar draft terlebuh dahulu beliau berkata, beliau tidak ada masalah jika mahasiswa mahu menggunakan medan SC.
"itu tempat u all nak polish yourself" ujarnya
Beliau yang sebelum ini juga merupakan bekas penyelia kolej 6 berkata, beliau pernah menguatkuasakan agar mahasiswa lelaki di kolej tersebut memakai seluar panjang,
beliau menyebut demikian menyokong Kempen Berpakaian Etika yang diusahakan PMIUM kini.
Perjumpaan semalam diakhiri dengan penyerahan kad ucapan Ramadhan dan cenderamata kenang-kenangan dari PMIUM.
Dr. Rohana sebelum itu kelihatan tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak dalam HEP sendiri yang bertindak mendoktrin mahasiswa dengan doktrinisasi yang tidak sepatutnya.Terdahulu ustaz Syazwan ada menyebut mengenai tohmahan yang dilemparkan kepada PMIUM oleh Pn. Thanavathi K. Krishnan baru-baru ini.- PMIUMorg
1 comments:
PMIUM ni memang tolol. Bangang. Baca blog aku ni untuk maklumat lanjut.
http://maharajazhou.wordpress.com/2010/04/28/haram-pmium-bersetongkol-dengan-dema
Post a Comment