8/09/2010

INTRO 10 PMIUM bersama warga kampus


Universiti Malaya: Hari interaksi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya bakal kembali lagi. Bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan, isnin ini PMIUM akan membawakan kelainan dalam meraikan ahli-ahli baru yang mendaftar di bawah Persatuan Mahasiswa Islam UM.

Seperti yang dirancangkan,majlis akan bermula pada pukul 8 malam dan dijangka berakhir pada pukul 12.00 malam. Oleh itu,pihak kami mengalu-alukan kedatangan warga kampus Universiti Malaya untuk sama-sama meraikan hari interaksi PMIUM atau lebih dikenali sebagai INTRO 10.

Terdapat banyak aktiviti menarik menanti warga kampus, seperti cabutan bertuah,door gift,dialog bersama pimpinan dan penampilan khas penasyid-penasyid daripada PMIUM sendiri yang baru ditubuhkan. Semua warga Universiti Malaya tidak terkecuali pihak pentadbiran juga dijemput datang untuk memeriah kan majlis.

" Kami berharap INTRO 10 PMIUM kali ini dapat memberikan satu kelainan kepada warga kampus terutamanya ahli-ahli baru yang mendaftar di bawah persatuan ini " ulas setiausaha agung PMIUM,saudara syafiq badrishah.

Oleh itu, PMIUM berbesar hati menjemput semua untuk hadir dan sama-sama berkongsi kemeriahan di dalam majlis nanti. Terdahulu, ahli berdaftar PMIUM untuk sesi ini mencecah sehingga 850 orang ahli.-PMIUM bersama INTRO10 untuk warga kampus.

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~