9/29/2010

Bro-Mc Raya : " Kami akan teruskan!"



Universiti Malaya, 29 Sepetember:- Mengulas kenyataan media Umtoday yang menuduh program PMIUM bro-mc tidak dapat dilaksanakan kerana penyertaan yang sedikit, pengarah bro-mc mengatakan bahawa program itu tidak sekali-kali akan dibatalkan walaupun penyertaannya kurang.

Saudara Kamilin yang juga merupakan pengarah kepada program bro-mc menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media tersebut yang mengatakan program itu akan batal.

"Kami sekali-kali tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian dan itu hanyalah dakwaan tidak berasas media tersebut" ulas saudara kamilin ketika dihubungi.

Beliau mengatakan program tersebut tetap akan diteruskan dan meminta kepada semua peserta yang telah mendaftar agar tidak terpengaruh dengan dakwaan terbabit. Di samping itu, beliau juga mengajak warga kampus lain yang berkelapangan untuk turut mendaftarkan diri kerana peluang pendaftaran masih dibuka.

"saya mengajak warga kampus yang belum mendaftar untuk sama-sama menyertai program ini kerana di pihak kami menjanjikan program dan aktiviti yang menarik sepanjang program berlangsung"-PMIUM bersama Semua

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~