10/02/2010

"Cinta Conocimiento" mendapat sambutan menarik


Universiti Malaya,1 Oktober - Baru-baru ini bersempena menanti hari ke Bro Mc raya yang diadakan pada 2 dan 3 Oktober 2010 di lenggeng Negeri Sembilan telah diadakan satu kuliah ilmu bagi persediaan kepada mahasiswa-mahasiswi khususnya para peserta yang mengikuti Bro Mc kali ini.Tajuk kuliah “ Cinta Conocimiento” yang disampaikan oelh Ustaz Mohd Dzulkhairi mendapat sambutan menarik daripada kalangan peserta.

Semangat dan komitmen yang dipancarkan dari wajah para peserta dalam menghadiri kuliah ini memberi suatu suntikan positif kepada Jawatankuasa Bro Mc

Kuliah yang diadakan pada 1 Oktober 2010 di Dewan Kuliah 2 Akadei Pengajian Islam kelmarin walaupun masa yang agak singkat tetapi ianya dapat memberi suatu perangsang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mendalami akan Islam.

Salah seorang daripada peserta menyatakan bentuk dan kuliah yang disampaikan adalah flexibal dan lebih mudah untuk memberi kefahaman akan Islam.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Dzulkhairi lebih mudah dan senang difahami menjurus membincangkan kasih dan cinta kepada Allah.

Menurut Ust Dzulkhairi dalam sesi kuliahnya beliau mendapati program2 berbentuk ilmiah dan penerangan tentang Islam mesti dilakukan secara berterusan.Selain itu metod dan cara dan pendekatan mengikut keadaan semasa perlu lebih pelbagai dan fleksibel supaya aktiviti dakwah tidak tertumpu dalam satu medium sahaja.

Dalam masa yang sama penyertaan peserta dalam

bro mc ini bertambah.Menuturut Ajk Unit peserta pertambahan peserta kebanyakannya daripada pelajar tahun 1 dari fakulti2.Di samping itu, para peserta diberi taklimat oleh AJK program bagi persediaan diri dan barang-barangan untuk bertolak ke Excel Training Resort Lenggeng Negeri Sembilan.

Ahmad Kamilin yang merupakan Pengarah Bro Mc Raya menyatakan banyak ilmu dan pengamalan yang menarik akan menjadi habuan buat para peserta dalam program ini.Selain itu, tema “Jalinan Persaudaraan Islam” ini adalah satu wasilah atau jalan dalam menghubungkan silaturrahim dan semangat kerjasama sesama mereka.

Segala permasalahan dan cabaran yang berlaku sebelum ini sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja untuk melaksanakan program kali ini bahkan ianya menjadi suatu pendorong kepada AJK Bro Mc Raya untuk terus positif dalam meneruskan program ini- PMIUM bersama semua.

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~