10/19/2010

Kuliah ilmu - PMIUM mohon maaf


Universiti Malaya, 19 Okt : " Di pihak kami (PMIUM), memohon maaf kepada semua warga kampus yang datang ke kuliah ilmu PMIUM malam tadi"
  Berikutan kehadiran warga kampus yang terlalu ramai ke kuliah ilmu PMIUM pada malam tadi telah menyebabkan dewan kuliah umum di fakulti bahasa dan linguitik tidak dapat meyediakan tempat yang selesa kepada warga kampus yang hadir.


   Di pihak PMIUM selaku penganjur memohon maaf kerana sama sekali tidak menyangka akan kehadiran yang terlalu ramai tidak seperti kebiasaan kuliah ilmu sebelum ini. Keadaan dewan malam tadi dipenuhi warga kampus hingga terdapat warga kampus yang terpaksa duduk di atas tangga.

" kami akan memastikan kejadian ini tidak akan berulang lagi dan akan memastikan keselesaan kepada warga kampus selepas ini, dan harapnya dapat terus mengikuti kuliah ilmu PMIUM" ulas saudara zulfazrie exco akademik dan keintelektual PMIUM.

 Untuk maklumam, PMIUM telah banyak mengadakan kuliah ilmu khas untuk warga kampus sesuai dengan pembawakan PMIUM sendiri untuk sama-sama menyebarkan dakwah islam di bumi Universiti Malaya.PMIUM bersama semua

1 comments:

+AnamuSafir+ said...

salam.. tahniah kpd PMIUM..
:) teruskan pjuangan dlm sebarluakan dkwah n kefhaman Islam kesegenap kampus..
kuliah mlm itu mmg menarik

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~