10/20/2010

HEWI anjur Ops Sayang Siswi



[Edisi kemaskini]Uni Malaya: Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswa (HEWI) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mengadakan Ops Sayang Siswi bermula 18 Oktober hingga 31 Oktober ini. Program tersebut yang membawakan tema Prevention Is The Best Cure  adalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dikalangan mahasiswa khususnya mahasiswi mengenai gejala sosial yang semakin membarah.

Antara program menarik yang bakal diadakan adalah Talk  mengenai keselamatan mahasiswi, wacana kesihatan, edaran risalah kebajikan mahasiswi, roadshow  skuad ops sayang siswi ke kolej-kolej kediaman dan sekitar kampus dan banyak lagi.

Pengerusi HEWI, Siti Nadzirah Majeed berkata Ops Sayang Siswi adalah projek khasi PMIUM untuk seluruh mahasiswi UM berikutan semakin banyak masalah-masalah sosial dan kes melibatkan keselamatan seperti ragut, dan rogol berlaku.


"HEWI mahu semua mahasiswi dan juga mahasiswa sedar bahawa langkah yang paling selamat adalah dengan cara mencegah gejala sosial. Masalah kita adalah, ramaja malah mahasiswa sekarang terdedah dengan gejala sosial tanpa ada usaha untuk mencegahnya." Ujarnya.

"sebelum ini kita ada buat kempen berpakaian etika, iaitu kempen yang menyokong sepenuhnya etika berpakaian UM. Kita mahu, mahasiswa UM menepati etika pakaian yang disarankan UM kerana jelas, itu sebenarnya adalah langkah pencegahan dari mahasiswi khususnya memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan." Ujarnya lagi.

Terdahulu, skuad HEWI telah sampai ke kolej kediaman pertama dan main bus stop  untuk roadshow dan edaran risalah. Sementara roadshow akan diteruskan pula ke kolej kediaman ketiga dan keempat hari ini. -PMIUM.org


1 comments:

LubukNurani said...

Alhamdulillah, moga program berjalan lancar.
Selamat bekerja untuk ummah!

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~