Kuala Lumpur, 13 okt :- Mahasiswa islam daripada pelbagai institut pengajian tinggi sekitar lembah klang sebulat suara membantah kehadiran artis "gay" luar negara iaitu Adam lambert yang dijangka mengadakan konsert khamis ini di bukit Jalil.
Di ketuai oleh presiden baru Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) saudara Syazwan Bin Mohd Hassan dan beberapa front mahasiswa islam lain telah menyerahkan satu memorandum membantah kedatangan artis tersebut tengah hari tadi. Memorandum itu telah diserahkan kepada puan Ramlah, wakil Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara atau lebih di kenali sebagai PUSPAL yang mana bertanggung jawab dalam membawa artis tersebut ke Malaysia.
Antara persoalan yang ditimbulkan adalah mengenai garis panduan PUSPAL dalam menerima artis tersebut yang mana jelas menyalahi garis panduan tersebut. Merujuk kepada kelulusan kod etika 5.3.1 yang mana artis dilarang mempamerkan tindak-tanduk kasar dan rakus bertentangan dengan nilai murni dan akta 5.3.2 artis dilarang mempamerkan perlakuan yang ada unsur-unsur lucah jelas menunjukkan pecanggahan dengan kreadibiliti artis "gay" tersebut.
Menjelaskan mengapa mahasiswa islam membantah konsert ini diadakan, timbalan presiden gamis saudara Razak mengatakan bahawa sebab utamanya adalah kebimbangan terhadap rakyat malaysia yang akan hadir ke konsert tersebut. Dengan keadaan kehidupan sosial artis tersebut yang akan merosakkan rakyat malaysia merupakan satu impak yang besar kepada rakyat malaysia terutamanya.
Pihak PUSPAL bagaimanapun tetap akan menjalan konsert tersebut dan berjanji akan menjaga dan menyelia konsert tersebut agar tidak berlaku perkara yang diingini,walaupun tidak menafikan kemungkinan akan berlaku perkara yang diluar jangkaan. Persoalannya adakah PUSPAL betul-betul dapat mengendalikan konsert tersebut?
Walaupun demikian, Mahasiswa islam tetap membantah konsert tersebut demi kemaslahatan negara Malaysia akan datang dan kepada rakyat malaysia terutamanya. Dan menyeru agar memboikot konsert tersebut untuk sama-sama mebuktikan kita sebagai rakyat malaysia yang beretika.PMIUM bersama semua
10/13/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment