10/13/2010

"Batalkan konsert artis gay"

     Universiti Malaya, 13  okt : Persatuan mahasiswa Islam Universiti Malaya, menerusi setiausahanya Muhamad Syafiq Badrishah membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) membenarkan artis 'gay' Amerika Syarikat Adam Lambert mengadakan konsert di negara ini.   Menurut beliau, konsert anjuran Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music itu hendaklah dibatalkan kerana ianya berlanggar dengan prinsip Negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai satu dasar untuk melaksanakan apa-apa program. Dan memang jelas kelihatan bahawa pihak Puspal telah melanggar prinsip Negara kita apatah lagi prinsip Islam itu sendiri.
 

    Menurutnya lagi, konsert tersebut bakal membuka ruang kepada pencinta-pencinta homoseksual untuk mereka lebih berani tampil di khalayak dan ini akan menyebabkan masyarakat kita terutamanya golongan remaja-remaja yang sebelum ini takut untuk menampilkan diri mereka sebagai seorang yang homoseksual akan tanpa segan silu melakukan perhubungan sumbang ini di khalayak ramai.

     Walaupun pihak Puspal telah menetapkan syarat-syarat tertentu kepada artis tersebut, antara syarat yang ditetapkan ialah pakaian artis yang tidak keterlaluan serta artis terbabit tidak melakukan kelakuan melampau seperti membuka pakaian ketika membuat persembahan. Akan tetapi, syarat-syarat ini tidak mampu untuk menutup imej artis tersebut yang terkenal dengan homoseksualnya.

      Justeru itu, beliau mengharapakan pihak kerajaan mengambil tindakan yang sepatutnya supaya gejala ini tidak dihalalkan dalam masyarakat kita, di samping semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan Negara kita terhindar daripada gejala-gejala yang boleh merosakkan masyarakat kita.

      Beliau juga menyeru kepada seluruh pemuda-pemudi khususnya mahasiswa/mahasiswi Malaysia untuk memboikot konsert tersebut yang bakal diadakan Khamis ini di Stadium Putra Bukit Jalil sebagai menyatakan bantahan terhadap tindakan pihak Puspal yang telah mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

1 comments:

amirul iman said...

dia tak dtg pun dah melambak2 gay kt sini. politik murahan.

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~