4/20/2011

Putrajaya : MPMUM, PMIUM Serah Memorandum 'Isu Politik Kotor'

Putrajaya, 8.4 : Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) hari ini telah menyerahkan satu memorandum tuntutan daripada mahasiswa kepada wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Fatwa JAKIM.

Memorandum itu mengandungi kenyataan dan desakan mahasiswa mengenai isu politik lucah dan kotor yang berlaku di negara ini.

Penyerahan memorandum itu diserahkan di Putrajaya kepada pihak JAKIM.

Dalam memorandum berkenaan, mahasiswa mendesak agar pihak Majlis Fatwa JAKIM mengeluarkan pendirian mengenai isu mengaibkan individu lain.

Mahasiswa juga mendesak agar pihak JAKIM mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang terbabit dalam menyebarkan keaiban individu lain.

Selain Muhammad Safwan Anang@Talib (YDP PMIUM) dan Mohd Syahid (YDP MPMUM), turut hadir dalam penyerahan memorandum tersebut Syukri Razab (Pengerusi SMM), Rohayu Rusli (NYDP PMIUM), Mohd Taufiq (Pengerusi Pro-M Nasional), dan Hazim Mohd Noh (Presiden PMI UPM).

Sumber juga menyatakan hampir 50 mahasiswa dari pelbagai kampus hadir sebagai tanda sokongan dan desakan pihak mahasiswa terhadap isu yang sedang 'mendahului' isu-isu lain sekarang ini.

Tiada sebarang gangguan dan kejadian tidak diingini berlaku sebentar tadi walaupun terdapat beberapa orang anggota polis beruniform dan berpakaian preman 'turut hadir' menyokong.

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~