4/20/2011

YDP PMIUM : Safwan Teruskan Generasi Trio 'S'

Uni. Malaya, 7.4 : Setelah Shazni Munir dan Ahmad Syazwan, kepimpinan YDP PMIUM kali ini sekali lagi diteruskan oleh ' Trio S '.

Semua ini gara-gara kemenangan dengan undian majoriti oleh Muhammad Safwan Bin Anang@Talib (API) semasa sesi Muktamar @ AGM PMIUM yang dilangsungkan semalam (Rabu).

Menurut sumber dari PMIUM, selain Safwan, nama lain yang turut dicalonkan oleh mahasiswa UM di AGM tersebut ialah Muhammad Naufal Md. Isa namun tidak berjaya mendapat undi majoriti.

Bagi jawatan Naib YDP, empat nama telah dicalonkan oleh para hadirin iaitu Naufal Md. Isa (Tahun 2 API), Masturah Abu Bakar (Tahun 2 API), Rohayu Rusli (Tahun 2 API) dan juga Maslida (Tahun 4 API).

Dan Rohayu Rusli telah mencapai majoriti dalam pengundian yang dijalankan secara 'manual' itu.


Selain YDP dan NYDP, undian untuk jawatan Setiausaha Agung dan Bendahari PMIUM turut dijalankan.

Untuk S/U Agung, empat nama telah muncul melalui suara mahasiswa dalam Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM itu iaitu Amir Nabil (Tahun 2 API), Naufal Md. Isa (Tahun 2 API), Syis Abdul Kadir dan Robiatul Adawiah Jamali (Tahun 2 API).

Dan kemenangan majoriti diraih oleh Robiatul Adawiah Jamali yang juga ahli kabinet MPMUM Sesi 2010/2011.

Sementara itu, jawatan Bendahari menyaksikan Naufal Md. Isa sekali lagi dicalonkan oleh hadirin untuk merebut jawatan tersebut selain Abdul Qahhar (Perubatan, Tahun 1) dan Ahmad Bashier (Perakauan, Tahun 2).

Selepas sesi undian dilakukan, ternyata percalonan kali ketiga Naufal masih tidak berjaya menawan hati para hadirin apabila menyaksikan Naufal dan Qahhar tewas kepada Bashier. -

* Berita penuh akan menyusul

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~