4/20/2011

Siapa Bakal Presiden PMIUM?

http://gazebodaily.blog.com/files/2011/03/pmium-300x168.jpg

Uni. Malaya, 6.4: Malam ini seluruh Malaysia pasti ternanti-nantikan susuk tubuh yang bakal menerajui kepimpinan baru persatuan yang sering 'menggentarkan jiwa' pelaku kezaliman dan kebobrokan.

Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) sering kali disebut-sebut sebagai persatuan yang 'terlalu aktif' dan sering cetuskan suasana 'panas' tiap kali isu-isu yang kontroversi berlaku di dalam mahu pun di luar kampus Universiti Malaya.

Malam ini, satu proses perubahan pimpinan yang setahun yang lepas diterajui oleh Ahmad Syazwan dan Siti Nadzirah akan diadakan oleh PMIUM.

AGM tahunan PMIUM itu diberitakan akan diadakan pada pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam bertempat di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM.

Pasti ramai pihak tertanya-tanya siapakah susuk tubuh yang bakal menerajui sebagai Yang Di-Pertua baru PMIUM.

Antara nama yang menjadi sebutan untuk kejutan pada malam ini adalah Presiden SPKUM, Asri Zulkifli walaupun beliau adalah pelajar tahun akhir UM.

Nama lain adalah Hawari Zakaria (MPMUM), bakal calon APIUM (Naufal Md Isa) dan beberapa individu lain yang akan menghangatkan suasana AGM pada malam ini.

Kejutan kemungkinan golongan siswi yang bakal menjadi YDP PMIUM juga muncul di bibir mahasiswa UM.

Antara nama siswi yang disebut-sebut ialah YB MPMUM, Intan Shafinaz yang juga NYDP PEMARAK UM, Rohayu Rusli yang merupakan mantan NYDP MPP UM Nilam Puri Sesi 2007/2008.

Sementara itu, ramai pihak merasakan seorang aktivis PMIUM yang dilihat kurang menonjol tetapi mempunyai potensi yang baik dan positif bakal menerajui kepimpinan PMIUM sesi baru ini

Muhammad Safwan Anang , tahun dua Sarjana Muda Pendidikan Islam UM dilihat sebagai individu berkelayakan untuk menggantikan Ahmad Syazwan sebagai 'ketua' kepada persatuan yang sering menggunakan kalimah 'gerakan PMI' itu.

Akan tetapi, terdapat sumber menyatakan 'sesuatu kejadian yang tidak disangkakan' akan berlaku pada malam ini ketika AGM sedang berlangsung.

Berita itu masih tidak dapat dikenal pasti apakah peristiwa yang akan berlaku walaupun terdapat ura-ura menyatakan AGM PMIUM bakal disabotaj pihak tertentu. -

Jom Like PMIUM 2011/2012 Pages ~ Bersama Menerajui Perubahan ~
http://www.facebook.com/pages/Pmium/146132832079008

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~