4/20/2011
Perutusan YDP PMIUM - Muhammad Safwan Anang @Talib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Salam perkenalan dan salam perjuangan saya ucapkan kepada semua rakan-rakan mahasiswa. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah Taala kerana masih membenarkan kita meniti usia muda di alam kampus yang mengajar kita pelbagai pengalaman dalam kehidupan. Di alam universiti, mahasiswa juga tidak terlepas daripada memegang amanah kepimpinan dengan harapan status mahasiswa sebagai manusia yang lahir dari kelompok inteligensia serta mampu memberi sumbangan penuh terhadap universiti, masyarakat dan negara.
Perutusan NYDP PMIUM - Rohayu Rusli
Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan. Dengan sifat Ar-Rahman Allah jualah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) masih segar menggerakkan idea faham Islam di universiti yang kita cintai ini. Dengan sifat Ar-Rahman Allah jualah saya dapat bertemu rakan-rakan mahasiswa di dalam perutusan pertama saya selaku Naib Yang Di-Pertua PMIUM sesi 2011/2012. Salam perkenalan dan salam kasih sayang saya ucapkan.
SIM, PMIUM Kritik Kenyataan MP Pasir Mas
Petaling Jaya, 11.4 : Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) hari ini mengeluarkan kenyataan mendesak Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali agar segera memohon maaf atas kenyataan beliau baru-baru ini. (Klik)
MP Pasir Mas (Bebas) itu menyatakan bahawa “isteri abai tanggungjawab punca hubungan luar nikah”.
Melalui Naib Yang Di-Pertua PMIUM, Rohayu Rusli, kenyataan Ibrahim Ali ketika sesi soal jawab di Parlimen menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai adab terhadap kaum wanita khususnya bagi wanita yang beragama Islam.
“Saya menganggap tuduhan beliau itu merupakan suatu penghinaan terhadap golongan wanita.”
Menurutnya lagi, Datuk Ibrahim Ali sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut semata-mata ingin mengaitkannya dengan kejadian rakaman video seks yang dikaitkan dengan Penasihat PKR.
Kempen Selamatkan Rakyat : YDP PMIUM, Exco MPMUM Antara 11 Ditangkap
Terkini KL Sentral, 10.4 : Mahasiswa diberitakan telah meminta seorang peguam, Faridah untuk membantu membebaskan 11 yang ditangkap sebentar tadi.
Punca polis bantuan (SB) yang menangkap 8 mahasiswa dan 3 wartawan itu masih tidak diketahui.
Mereka ditahan anggota polis bantuan di KL Sentral hari ini selepas satu sidang media di hab pengangkutan awam itu pagi tadi.
Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu, anggota polis berkenaan mengarahkan pelajar tersebut supaya jangan berkumpul dalam kompleks pengangkutan awam.
Bagaimanapun, walaupun pelajar berkenaan bersurai seperti yang diarah, tetapi lapan daripada mereka ditangkap ketika hendak meninggalkan stesen tersebut bersama tiga orang wartawan.
Utama
Universiti Malaya, 19 Okt : " Di pihak kami (PMIUM), memohon maaf kepada semua warga kampus yang datang ke kuliah ilmu PMIUM malam tadi" Berikutan kehadiran warga kampus yang terlalu ramai ke kuliah ilmu PMIUM pada malam tadi telah menyebabkan dewan kuliah umum di fakulti bahasa dan linguitik tidak dapat meyediakan tempat yang selesa kepada warga kampus yang hadir. ... [Read more of this review]
Mahasiswi
[Edisi kemaskini]Uni Malaya: Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswa (HEWI) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mengadakan Ops Sayang Siswi bermula 18 Oktober hingga 31 Oktober ini. Program tersebut yang membawakan tema Prevention Is The Best Cure adalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran... [Read more of this review]
Fikrah Ahli
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas pelancaran Team HEWI (Hal Ehwal Wanita dan Siswi) PMIUM pada hari Khamis yang lalu. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat rakan-rakan mahasiswi yang hadir dan yang sudi memberikan ucapan. Ianya adalah suatu perkembangan positif Team HEWI PMIUM di samping menjadi titik tolak kepada gerakan muslimat yang lebih berkualiti. .... [Read more of this review]
Kampus
Dikemaskini Universiti Malaya , 6.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun jatuh ketika ingin menyeberang... [Read more of this review]