Bicara Yang di Pertua : Ustaz Ahmad Syazwan b. Mohd Hassan
“Banyak kali juga saya dan rakan terlepas Maghrib kerana hujan” . luahan seorang graduan kerana kecewa atas ketiadaan surau di perpustakaan. Tulisan beliau boleh dibaca melalui surat pembaca berita harian, disini..
Isu ini timbul bila pihak perpustakaan utama UM mengambil tindakan untuk tidak membenarkan mahasiswa menggunakan lagi surau didalam perpustakaan.
Mengikut faktanya, surau ini dibuka atas tuntutan pihak pentadbiran universiti setelah surau Bakti Siswa dirobohkan pada awal tahun 2000(kalau tak silap) untuk dibina Kompleks Perdana Siswa(sekarang). Asasnya suaru ini hanya untuk staff universiti.
Namun setelah KPS siap, surau di perpustakaan tetap dibuka untuk semua sehinggalah pada minggu lepas, notis tidak membenarkan mahasiswa menggunakannya ditampal.
Tindakan pihak perpustakaan menutup(tidak membenarkan mahasiswa solat disurau berkenaan) berdasarkan beberapa masalah yang berlaku. Antara lain ialah pengotoran, kecurian barang, tidur di surau, pertelingkahan antara kakitangan dan mahasiswa dan lain-lain.
Maklumat ini saya perolehi melalui perbincangan terus dengan Ketua Perpustakaan UM dan wakil pihak TNC Akedemik dan Antarabangsa.
Maka pihak PMIUM mencadangkan beberapa perkara kepada pihak ketua perpustakaan dan mahasiswa khususnya.
1. Sediakan ruang khusus solat yang sesuai untuk mahasiswa didalam perpustakaan. Tidak perlu kepada surau yang baru. Cadangan ini diterima dan akan diusahakan bermula awal Ramadhan nanti.
2. Mahasiswa kena fleksibel dalam beribadah. Nak solat tidak semestinya dalam surau, dimana-mana sahaja boleh dilakukan asalkan memenuhi beberapa syarat tertentu.
3. Pihak perpustakaan perlu menilai dengan baik sekiranya ada pula desakan dari penganut agama lain yang mendesak untuk sediakan ruang untuk mereka bertafakur dan beribadah dalam perpustakaan. Saya bimbang perkara ini menjadi isu yang tidak sihat kepada masyarakat kampus.
4. Mahasiswa perlu beretika dalam apa jua keadaan. Surat pembaca dalam berita harian(link diatas) menyatakan surau tidak pernah wujud di dalam perpustakaan. Ini berlawanan dengan fakta semasa. Namun cadangan akhirnya cukup baik iaitu meminta pihak pentadbiran menyediakan ruang untuk solat walaupun kecil.
Segala maklumat terkini berkaitan dengan isu ini akan saya maklumkan dari masa ke semasa kerana Ketua Perpustakaan berjanji akan menghubungi saya sekiranya ada jalan penyelesaiaan dalam hal ini. Saya mohon semua pihak agar bertenang dan selesaikan isu ini dengan cara yang berhikmah, sebagaimana yang diajar Islam.
PMIUM bersama semua
*Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
0 comments:
Post a Comment