8/07/2010

PMIUM bersama menyambut aktivis Mahasiswa!



Universiti Malaya, 7 Ogos: Hari ini merupakan hari terakhir bagi minggu graduasi mahasiswa di Universiti Malaya. Bermula pada hari isnin lalu sehingga hari ini merupakan hari-hari yang menggembirakan bagi semua mahasiswa yang telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya ini.

PMIUM juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyambut aktivis-aktivis mahasiswa ini siang tadi, dan sambutan itu mendapat sokongan para mahasiswa yang berada di situ.

Majlis sambutan di mulakan dengan ucapan YDP Persatuan Mahasiswa Islam UM, Saudara Syazwan B Hassan yang mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa yang telah bergraduasi.Beliau mengatakan perjuangan mahasiswa tidak akan hanya berakhir di medan kampus, bahkan cabaran yang lebih besar menanti di luar sana.

Majlis diteruskan dengan ucapan bekas YDP MPMUM sesi 09/10, saudara Redzuan B Mohamad.Beliau menyeru agar mahasiswa yang masih lagi berada di dalam kampus agar bergerak aktif didalam berpesatuan dan bukan hanya bertumpu kepada kuliah semata-mata. Ilmu kemahiran dalam menghadapi orang ramai sangat diperlukan apabila menghadapi masyarakat yang lebih besar di luar sana.

Seterusnya majlis disambung dengan ucapan-ucapan aktivis mahasiswa yang lain yang banyak memberikan kata-kata perangsang dan menyeru agar mahasiswa pada masa sekarang lebih bersikap terbuka dalam menghadapi dunia kampus.

Selain itu, Gabungan Protes Barang Naik juga turut sama hadir untuk sama-sama menyeru mahasiswa untuk turun membantah kenaikan harga barang,mahasiswa diseru untuk turun ke pasar malam kg.kerinchi isnin ini dan sama-sama menyebarkan maklumat berkenaan harga barang yang naik ini kepada masyarakat luar.PMIUM bersama Aktivis Mahasiswa.

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~