10/03/2010

Graduan Bro Mc Raya tampil cemerlang


Universiti Malaya,3 oktober - Baru-baru ini Bro Mc Raya yang diadakan di Excel Training Lenggeng, Negeri Sembilan menutup tirai pada petang tadi.Kemanisan dan pengalaman dikutip oleh para peserta yang dikenali "Graduan Bro Mc" semasa dalam program ini.Kira- kira kepulangan para peserta ke kampus selamat tiba sekitar sebelum 7 petang.


Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam bro mc kali memberikan suatu suntikan semangat dan pendorong kepada mereka untuk terus mempelajari dan mendalami tentang Islam dalam semua perkara.

Program ini juga mendapat kepujian daripada pemilik kem kerana kerjasama dan komitmen yang baik dipamerkan oleh para peserta memudahkan urusan dan melancarkan pergerakan program.Selain itu,kemudahan dan prasarana yang disediakan cukup dan memuaskan.



Salah seorang daripada peserta menyatakan " rasa syukur dapat menyertai program ini dan pelbagai input dan ilmu yang bermanfaat dapat dikutip disamping dapat mengenali ramai kawan-kawan baru.Termasuk interaksi dengan AJK program juga mendapat perhatian dan layanan yang baik."

Pengarah Bro Mc , saudara Mohd Kamilin ujar " Alhamdulillah ,program Bro Mc ini dapat disempurnakan dengan jayanya dan saya yakin serta percaya suatu kenikmatan dan pengalaman yang menarik dapat diambil oleh para peserta melalui medium yang disediakan ini.Selain itu banyak lagi medium yang boleh dikaji dalam memahami Islam antaranya usrah,seminra dan kuliah-kuliah yang dilaksanakan.Saya berpuas hati dengan kemampuan dan prestasi yang cemerlang daripada para peserta kali ini."

Selain itu , aktiviti outdoor juga dijalankan antaranya Flying fox , Riding Raket , Swimming , Ex-plorace dan sebagainya.Pengisian berbentuk ilmiah juga dimuatkan dalam program ini seperti ceramah motivasi , team building dan tazkirah maghrib.

Secara tuntasnya , respon daripada kalangan peserta menyatakan program ini cukup memuaskan dan merasakan ingin lagi mengikuti program berbentuk begini.

Ujar AJK Bro Mc Raya, saudara Mohd Fikri Harun " InsyaAllah diperingkat PMIUM akan berusaha untuk menjalankan pelbagai aktiviti lain yang dapat memberikan input yang berguna kepada mahasiswa.Tidak lupa juga pendekatan untuk memahami Islam juga dimuatkan dengan cara yang fleksibel dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat khususnya mahasiswa."

YDP PMIUM, saudara Ahmad Syazwan berkata " Bro Mc merupakan salah satu medium untuk menjadi pemudah cara kepada mahasiswa untuk membentuk modal insan, pembentukan sahsiah dan jalinan kepada silaturrahim dikalangan mahasiswa.Suatu mutiara yang penting seharusnya diambil daripada program seumpama ini untuk kita memantapkan potensi dan keyakinan dalam diri mahasiswa daripada pelbagai sudut."

Sekalung penghargaan diucapkan kepada para peserta yang mengikuti program ini dan nantikan program PMIUM yang akan datang untuk manfaat kita semua.Terima kasih - PMIUM bersama semua

Link Video Bro Mc Raya : http://www.facebook.com/?ref=home#!/video/video.php?v=163187113692701&ref=mf


0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~