1/04/2011

'Zero Balance'-PMIUM berunding dengan pentadbiran


Universiti Malaya, 4 Jan 2011 :- Semester baru 2010/2011 di Universiti Malaya dikejutkan dengan perlaksanaan 'Zero Balance' oleh pentadbiran yang menyebabkan masalah besar kepada mahasiswa.
 Oleh itu, atas dasar ingin mendapatkan penjelasan terhadap isu ini beberapa pimpinan PMIUM telah berjumpa dengan Naib Canselor Dato' Ghauth Jasmon dan TNC Dr Prof Rohana. Perjumpaan itu yang berlangsung di bangunan canselori bermula pada pukul 3 petang tadi.

 Setelah berbincang hampir 2 jam,maka satu keputusan telah di umumkan oleh Dato NC iaitu akan diadakan dialog bersama mahasiswa berkenaan isu 'Zero Balance' ini. Dan perkara itu akan diumukan secepat mungkin oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya.

" Sebagai mahasiswa,kami sedar akan masalah yang akan dihadapi apabila konsep "Zero Balance" ini dilaksanakan secara tiba-tiba, kami berharap pihak pentadbiran akan dapat meberikan jawapan segera kepada mahasiswa diluar". ulas setiausaha agung PMIUM saudara Syafiq Badrisyah

" Pihak pentadbiran akan membuat dilaog bersama mahasiswa berkenaan isu ini,jadi kamu semua jangan bimbang". Ulas Dato Ghautj Jasmon ketika pertemuan tadi.

Pertemuan berakhir dengan penyerahan memorandum berkenaan dengan konsep "Zero Balance" kepada TNC Hep Dr Prof Rohana.-PMIUM bersama semua

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~