4/20/2011

Kempen Selamatkan Rakyat : YDP PMIUM, Exco MPMUM Antara 11 Ditangkap

Terkini KL Sentral, 10.4 : Mahasiswa diberitakan telah meminta seorang peguam, Faridah untuk membantu membebaskan 11 yang ditangkap sebentar tadi.

Punca polis bantuan (SB) yang menangkap 8 mahasiswa dan 3 wartawan itu masih tidak diketahui.

Mereka ditahan anggota polis bantuan di KL Sentral hari ini selepas satu sidang media di hab pengangkutan awam itu pagi tadi.

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu, anggota polis berkenaan mengarahkan pelajar tersebut supaya jangan berkumpul dalam kompleks pengangkutan awam.

Bagaimanapun, walaupun pelajar berkenaan bersurai seperti yang diarah, tetapi lapan daripada mereka ditangkap ketika hendak meninggalkan stesen tersebut bersama tiga orang wartawan.

“Mereka ditahan selepas kami telahpun teredar. Malah, ada antaranya ditahan ketika hendak masuk ke dalam keretapi apabila mereka dipanggil dan ditahan," kata jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin.

Katanya, mereka diberitahu yang mereka ditahan kerana menyertai perhimpunan.

Sementara itu, kad pengenalan tiga wartawan dan lapan pelajar tersebut dirampas oleh anggota polis bantuan berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Jalan Travers.

Tiga wartawan tersebut adalah dari KeadilanDaily yang berada di sana untuk menghadiri sidang media program Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat berkomuter dari KL Sentral ke Seremban.

Program itu dianjurkan oleh SMM. Turut sama ditahan, ialah seorang jurugambar dari TV Selangor.

Antara yang ditangkap adalah YDP PMIUM, Muhammad Safwan Anang, Sekretariat Media SMM, Shukri Kamaruddin, YDP PMKUM, Che Mohd Rozaihan.

Selain itu, jurucakap SMM, Izzuddin Hilmi, ahli kabinet MPMUM, Muhammad Bukhairy.

Turut ditangkap, Presiden PMI UPM, Hazim Mohd Noh dan aktivis PMIUM, Edikoup Lakip Sediyanto.


0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~