4/20/2011

Safwan: Saya Akan Terus Bersama Tiong & Lee Kee

Uni Malaya, 5hb 4 : Safwan Anang, seorang aktivis PMIUM hari ini berkata beliau akan terus bersama menyokong Tiong & Lee Kee dalam menghadapi proses rayuan terakhir oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya (UM).

Menurut beliau lagi, hukuman yang dikenakan terhadap mereka berdua adalah tidak wajar dan seharusnya diperhalusi dengan baik dan teliti.

“Mengapa hendak timpakan kesemua hukuman yang ada ke atas bahu mereka? Inilah episod hitam dalam sejarah UM apabila mahasiswanya ditindas dan dizalimi” tambah beliau.

Safwan juga bertegas tindakan pentadbiran ini sama sekali tidak akan mematahkan semangat aktivis mahasiswa UM yang lain dalam memperjuangkan hak mereka yang selama ini dicabuli oleh ‘tangan-tangan ghaib’.

Dalam perbicaraan selama 10 minit itu, Tiong dan Lee Kee telah dijatuhi hukuman amaran, denda RM200 serta digantung pengajian selama satu semester. Beliau juga dilucutkan jawatan dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) serta merta.

Mereka bagaimanapun telah diberi masa selama 2 minggu untuk membuat rayuan. Tiong dan Lee Kee dikatakan sudah membuat pertemuan dengan Naib Chanselor (NC) bagi mengemukakan rayuan.

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~