4/20/2011

PMIUM Persoal Tindakan KOSMO!

Petaling Jaya, 9.4 : YDP PMIUM Sesi 2011/2012, Muhammad Safwan Anang @ Talib hari ini mempersoalkan tindakan akhbar arus perdana KOSMO! yang memaparkan gambar dan situasi satu hukuman hudud.

Aakhbar itu (hari ini), telah memaparkan situasi seorang wanita diusung setelah pengsan akibat disebat di Banda Aceh, Indonesia semalam.

Dua pasangan wanita Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral dan dirotan sebanyak sembilan kali.

Mereka disebat kerana masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.


Safwan Anang dalam kenyataannya mempersoal tindakan akhbar itu yang 'highlight' isu berkenaan di muka depan akhbar.

"Saya ingin mohon penjelasan di pihak media KOSMO! yang seakan-akan ingin menakut-nakutkan masyarakat dengan hukuman Allah (Hukum Hudud).", jelasnya.

"Saya lihat media negara ini sengaja menimbulkan isu yang membuatkan ramai masyarakat dan orang ramai semakin keliru dan tertanya-tanya."

Namun, YDP PMIUM itu juga tidak menyalahkan sepenuhnya tindakan akhbar itu.

Tambahnya,"Saya tidak menyalahkan 100% akhbar berkenaan. Andai kata mereka ingin menyedarkan masyarakat tentang kepentingan melaksanakan hukuman itu (hudud), alhamdulillah."

"Tetapi kalau tindakan itu (siarkan di muka depan) sekadar nak tarik publisiti dan menakut-nakutkan orang ramai, saya mohon pihak KOSMO! jelaskan kepada masyarakat dengan sebaiknya, mintak kenyataan daripada ulama' dan mufti terhadap isu tersebut." -

0 comments:

Post a Comment

 
© Design Blog : LajPen PMIUM ~PMIUM 10/11~